tentang amalan-amalan Maulid ini. Untuk itu kita lihat
di dalam kitab An Nikmatul Kubro 'Alal'Alami yang
ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah Shabuddin Ahmad
ibnu Hajar Al Haitami Asy Syafie pada muka surat 7,
Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq,
Barangsiapa membelanjakan satu dirham atas membaca
Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di dalam
Syurga."
Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa
membesar-besarkan Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya
dia menghidupkan Islam."
Saiyidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa
membelanjakan satu dirham ke atas Maulidin Nabi maka
seolah-olahnya dia telah syahid di dalam peperangan
Badardan Hunain."
Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, "Barangsiapa
membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah iaitu
sebagai sebab bagi bacaannya itu, dia tidak akan
keluar daripada dunia ini melainkan dengan iman dan
masuk ke syurga tanpa hisab (perhitungan).
Hassan Al Basri r.a. berkata, "Jikalau adalah bagiku
seumpama gunung Uhud emas, nescaya aku akan
membelanjakannya ke atas bacaan Maulid Nabi SAW."
Junaid Al Baghdadi menyebut pula, "Barangsiapa hadir
di dalam majlis Maulidin Nabi SAW dan
membesar-besarkan nilainya, maka sesungguhnya ia telah
berjaya dengan iman."
Seterusnya berkata pula Ma'aruf Al Khurkhi,
Barangsiapa mendatangkan makanan bagi tujuan bacaan
maulidin Nabi SAW dan mengumpulkan saudara-saudara dan
menghidupkan pelita dan memakai pakaian baru dan
berwangi-wangian sebagai membesarkan bagi Maulidin
Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari
kiamat, di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi. Dan
tempatnya adalah di tempat yang tertinggi."
Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, "Barangsiapa
yang membaca Maulid Nabi SAW atas garam, biji-bijian
atau sesuatu yang lain melainkan akan zahir padanya
berkat daripada benda itu." Selanjutnya, sesiapa yang
memakan makanan tadi, maka Allah SWT menyempurnakan
dan menghilangkan kegelisahan darinya. Dan jika
dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air, maka
sesiapa yang minum air tersebut telah masuk ke dalam
hatinya seribu cahaya dan rahmat, dan telah keluar
daripadanya seribu kesusahan dan penyakit. Dan tidak
mati hati itu ketika hari matinya hati-hati." -
Fakhruddin Ar Razi adalah pengarang besar Tafsir Ar
Razi.
Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan,
Barangsiapa berkumpul kerana majlis Maulidin Nabi SAW
dengan mendatangkan makanan dan tempat serta membuat
baik dan jadilah sebagai sebab bacaan itu, Allah SWT
membangkitkannya pada hari kiamat kelak berserta para
siddiqin dan syuhada, para solehin dan adalah dia di
dalam syurga An Na'im."
As Sariyus Saqatti pula berkata, "Barangsiapa yang
berkehendakkan tempat dibacakan padanya maulidin Nabi
SAW maka sesungguhnya dia berkehendak "raudhah" (taman
daripada taman-taman syurga), kerana sesungguhnya,
tidaklah dia berkehendakkan tempat itu melainkan
cintanya kepada Nabi SAW."Rasulullah SAW ada bersabda
yang berbunyi ; "Barangsiapa mencintaiku, adalah dia
bersama-samaku di dalam syurga."
Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti
berkata juga, "Dan telah bercahaya-cahaya kubur
siapa-siapa yang membaca Maulid Nabi SAW." Kitab Al
Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada menyebut, "Tidaklah
satu tempat dibacakan Maulid Nabi SAW melainkan
dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan
malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang
yang ada di tempat tersebut. Dan Allah SWT juga telah
memberikan rahmat dan keredhaan-Nya. Dan yang
memberikan cahaya itu ialah malaikat Jibrail,Mikail,
Israfil dan Izrael. Maka sesungguhnya mereka itulah
yang menselawatkan ke atas orang-orang yang membacakan
maulid Nabi SAW itu."
Kata Imam As Sayuti lagi, "Tidak adalah daripada
muslim itu membaca Maulidin Nabi SAW itu di dalam
rumahnya melainkan Allah SWT angkat kemarau wabak,
kebakaran, karam, kebinasaan, kecelakaan, kebencian,
hasad dan pendengaran yang jahat dan pencuri daripada
ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT
memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari
Munkar dan Nakir.
diambil dari sebuah msg di FB
Post a Comment
Terimakasih sudah meluangkan waktu untuk membaca catatan saya, semoga bermanfaat ya ^^
Mohon komennya jangan pakai link hidup, :)